Friday 5 June 2015

MESYUARAT AGUNG KOPERASI MELAKA BARAT BERHAD (KMBB) KALI KE 39/2015


5 Jun 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Melaka Barat Berhad (KMBB) kali ke-39/2015 di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Masjid Tanah. Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa ahli koperasi mempunyai tanggungjawab bersama dalam membangunkan koperasi melalui pelbagai kaedah.




Ramai tetamu yang hadir dalam Mesyuarat Agung Koperasi Melaka Barat Berhad (KMBB) kali ke-39/2015 di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Masjid Tanah.

YB DATUK HAJAH MAS ERMIEYATI MERASMIKAN KEDAI SELERA PAHANG DI MASJID TANAH.


5 Jun 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati sempat singgah untuk merasmikan Kedai Selera Pahang (berhampiran kedai dobi baru) di Masjid Tanah. Masakan ikan patin tempoyak yang sememangnya sinonim dengan negeri Pahang merupakan antara hidangan utama di restoran ini. Terdapat juga hidangan lain yang terdapat di kedai ini antaranya adalah Sambal Bilis Tempoyak, Pais dan Sambal Hitam. Orang ramai dijemput singgah ke Kedai Selera Pahang ini untuk merasai sendiri hidangan yang ada di sini.







  

      PENYAMPAIAN BANTUAN SEWA RUMAH DAFTAR      E-KASIH 2015



5 Jun 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati telah menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Daftar e-Kasih 2015. Program ini merupakan salah satu inisiatif dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Majlis ini diadakan di Pantai Pengkalan Balak. Seramai 21orang menerima bantuan ini.

YB Datuk Hajah Mas Ermieyati sempat beramah mesra dengan penerima-penerima Bantuan Sewa Rumah Daftar e-Kasih 2015.

Penerima-penerima Bantuan Sewa Rumah Daftar e-Kasih.






Wednesday 3 June 2015

PROGRAM I LOVE CLINIC SOLAT EXCLUSIVE WITH OKU DI MASJID SELAT MELAKA


3 Jun 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati merasmikan program I Love Clinic Solat Exclusive With OKU di Masiid Selat Melaka. Sumbangan kerusi roda kepada OKU turut disampaikan oleh YB Datuk Hajah Mas Ermieyati untuk memudahkan mereka solat menggunakan kerusi roda di dalam masjid.


YB Datuk Hajah Mas Ermieyati menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan nasyid, azan dan bercerita. Anak-anak OKU ini juga mempunyai bakat yang tersendiri. Mereka mempunyai suara merdu, pandai bermain alat muzik dan bercerita.


Monday 1 June 2015

MENZIARAH KE RUMAH KELUARGA ALLAHYARHAM RAMLI BIN HUSIN (RAMLI SONGKOK)





2 Jun 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati melawat kematian Allahyarham Ramli bin Husin atau lebih dikenali sebagai Ramli Songkok di Kg. Londang pagi tadi. Arwah merupakan seorang pemilik sebuah kedai songkok yang terkenal di Masjid Tanah. Kedai arwah terletak di Bangunan MARA (sederet kedai  HANTZ Kopitiam) yang menjual songkok, capal, menjahit baju dan sebagainya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah.





Gambar Arwah Ramli bin Husin (Ramli Songkok)

Sunday 31 May 2015

LAWATAN KE KAUNTER PUSAT ADUAN BERGERAK KPDNKK.


26 Mei 2015, membuat lawatan ke Kaunter Pusat Aduan Bergerak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Terminal Bas Masjid Tanah. Turut melawat ke Kaunter Pusat Aduan Bergerak adalah wakil dari Adun Lendu YB Sulaiman Md. Ali merangkap Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Pelaburn dan Perindustrian. Kaunter Pusat Aduan Bergerak ini dapat memudahkan rakyat untuk membuat aduan. 






Kaunter Pusat Aduan Bergerak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini kemudiannya tiba di Kuala Linggi pada pukul 3 petang. Ketibaan Kaunter Pusat Aduan Bergerak ini di sambut oleh Adun Kuala Linggi, YB Ismail Othman merangkap EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Melaka. 











MAJLIS PENYERAHAN WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) PERINGKAT PARLIMEN

22 Mei 2015, Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat diploma di IPTA sesi Jun 2015/2016 peringkat Parlimen Masjid Tanah telah diadakan di Dewan Datuk (Dr) Abu Seman, Paya Rumput. Seramai 50 orang penerima WPP telah hadir dan waran tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah. Majlis ini turut dihadiri ADUN Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud serta wakil dari Pejabat PTPTN Cawangan Masjid Tanah.





Thursday 28 May 2015

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEK KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PARLIMEN MASJID TANAH  SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU


18 Mei 2015, Sambutan Hari Guru 2015 dimeriahkan dengan kehadiran wakil YB Datuk Hajah Mas Ermieyati untuk menyampaikan sumbangan kek kepada sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak pada hari ini.






RAMAH MESRA BERSAMA PUTERI UMNO CAWANGAN JALAN BAIDURI CHERAS.



23 Mei 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati beramah mesra bersama Puteri UMNO cawangan Jalan Baiduri Cheras sempena program Kembara Puteri ke Melaka di Tanjung Bidara. Program dihadiri seramai lebih kurang 30 peserta yang terdiri daripada Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Cheras dan Biro IPT UMNO Bahagian Cheras.




"Kita semua ada 24 jam tetapi yang membezakan antara kita ialah cara kita menguruskan 24 jam yang kita ada" YB Emy bercakap mengenai pengurusan masa.



YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bersama Puteri UMNO cawangan Jalan Baiduri Cheras pada sesi sembang santai.





Inilah wajah anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara suatu hari kelak.

Wednesday 27 May 2015

MAJLIS PERASMIAN GELOMBANG MERAH JAMBU (GMJ) FANS 2015 DI DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU.

  



YB Datuk Hajah Mas Ermieyati menghadiri Majlis Perasmian Gelombang Merah Jambu di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


YB Datuk Hajah Mas Ermieyati menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kucing Paling Comel.



Menyambut Hari Lahir Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.