Sunday 31 May 2015

LAWATAN KE KAUNTER PUSAT ADUAN BERGERAK KPDNKK.


26 Mei 2015, membuat lawatan ke Kaunter Pusat Aduan Bergerak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Terminal Bas Masjid Tanah. Turut melawat ke Kaunter Pusat Aduan Bergerak adalah wakil dari Adun Lendu YB Sulaiman Md. Ali merangkap Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Pelaburn dan Perindustrian. Kaunter Pusat Aduan Bergerak ini dapat memudahkan rakyat untuk membuat aduan. 






Kaunter Pusat Aduan Bergerak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini kemudiannya tiba di Kuala Linggi pada pukul 3 petang. Ketibaan Kaunter Pusat Aduan Bergerak ini di sambut oleh Adun Kuala Linggi, YB Ismail Othman merangkap EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Melaka. 











MAJLIS PENYERAHAN WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) PERINGKAT PARLIMEN

22 Mei 2015, Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat diploma di IPTA sesi Jun 2015/2016 peringkat Parlimen Masjid Tanah telah diadakan di Dewan Datuk (Dr) Abu Seman, Paya Rumput. Seramai 50 orang penerima WPP telah hadir dan waran tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah. Majlis ini turut dihadiri ADUN Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud serta wakil dari Pejabat PTPTN Cawangan Masjid Tanah.





Thursday 28 May 2015

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEK KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PARLIMEN MASJID TANAH  SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU


18 Mei 2015, Sambutan Hari Guru 2015 dimeriahkan dengan kehadiran wakil YB Datuk Hajah Mas Ermieyati untuk menyampaikan sumbangan kek kepada sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak pada hari ini.






RAMAH MESRA BERSAMA PUTERI UMNO CAWANGAN JALAN BAIDURI CHERAS.



23 Mei 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati beramah mesra bersama Puteri UMNO cawangan Jalan Baiduri Cheras sempena program Kembara Puteri ke Melaka di Tanjung Bidara. Program dihadiri seramai lebih kurang 30 peserta yang terdiri daripada Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Cheras dan Biro IPT UMNO Bahagian Cheras.




"Kita semua ada 24 jam tetapi yang membezakan antara kita ialah cara kita menguruskan 24 jam yang kita ada" YB Emy bercakap mengenai pengurusan masa.



YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bersama Puteri UMNO cawangan Jalan Baiduri Cheras pada sesi sembang santai.





Inilah wajah anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara suatu hari kelak.

Wednesday 27 May 2015

MAJLIS PERASMIAN GELOMBANG MERAH JAMBU (GMJ) FANS 2015 DI DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU.

  



YB Datuk Hajah Mas Ermieyati menghadiri Majlis Perasmian Gelombang Merah Jambu di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


YB Datuk Hajah Mas Ermieyati menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kucing Paling Comel.



Menyambut Hari Lahir Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.



SEMBANG SANTAI BERSAMA SEKRETARIAT MAHASISWI NASIONAL (SWINAS).


23 Mei 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati telah menghadiri majlis sembang santai bersama Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWINAS). Ahli SWINAS yang hadir terdiri daripada siswi yang menuntut di UTM Skudai dan Politeknik. Majlis tersebut telah diadakan di Restotran Selasih Johor Bahru. 




Sesi bergambar bersama Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWINAS).


  Persidangan Penggal Ke-3 Parlimen Ketiga Belas (2015)


 


 Gambar YB Datuk Hajah Mas Ermieyati sedang membentangkan usul.


Gambar YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bersama anak-anak Masjid Tanah yang sedang membuat attachment program dengan Pusat Khidmat Masyarakat Masjid Tanah.


Tuesday 26 May 2015

YB Datuk Hajah Mas Ermieyati telah menerima pingat Bintang Khidmat Cemerlang 


Pada 16 Mei 2015, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati telah menerima pingat Bintang Khidmat Cemerlang daripada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara 2015 Peringkat Negeri Melaka. Pingat tersebut dikurniakan diatas sumbangan YB Datuk Hajah Mas kepada masyarakat terutama golongan belia. Turut bersama-sama memeriahkan majlis Yang Berusaha Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).


YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bergambar bersama suami tercinta.

 

YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bergambar bersama Puan Cik Zaiton Naib Pengerusi Wanita/ Pengerusi Gerakwanis kawasan Masjid Tanah.


YB Datuk Hajah Mas Ermieyati bergambar bersama AJK 4P kawasan Masjid Tanah.