Sunday 25 August 2013

Majlis Malam Puisi Merdeka Raya

  Pada 25 Ogos 2013, Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah dan Pergerakan Puteri UMNO Melaka telah menganjurkan Majlis Malam Puisi Merdeka Raya. Malam Puisi Merdeka Raya telah diadakan di Stesen Bas Masjid Tanah. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YBHG Datuk Abu Seman Bin Yusop mewakili YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Hj Idris Bin Haji Haron. YBHG Datuk Abu Seman Bin Yusop, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Hj Samsudin dan Rosyam Nor telah mengambil bahagian dalam pendeklemasian puisi dalam majlis tersebut.      

    Sesi bergambar Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin bersama-sama dengan anggota Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah dan Pergerakan Puteri UMNO Melaka.
Sesi bergambar bersama-sama dengan Rosyam Nor.

Wednesday 14 August 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AIdilfitri 2013

   Pada 10 Ogos 2013, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Homestay Inap Desa Warisan Kampung Paya Lebar. Terdapat pelbagai juadah disediakan pada hari tersebut. Ramai tetamu berbilang kaum turut serta dalam majlis ini. Majlis ini diserikan lagi dengan kedatangan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron.
   Sesi bergambar bersama dengan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron.  
   
 
 
 

Sunday 4 August 2013

Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin Tawar Diri Bertanding Sebagai Ketua Puteri UMNO

   Ahli Parlimen Masjid Tanah, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti di hujung tahun 2013. Pemilihan Puteri UMNO yang membabitkan jawatan Ketua Puteri UMNO akan dibuat kerana penyandang jawatan berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengumumkan untuk mempertimbangkan hasrat bertanding dalam kepimpinan Wanita atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah menghadiri sidang media di Aida Rich Cafe, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam. 

   Dalam sidang media itu, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin merangkap Ketua Puteri UMNO menyatakan bahawa hasrat beliau adalah membantu memperjuang dan memartabatkan parti serta meningkatkan semangat juang golongan wanita muda dalam UMNO. Selain itu, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin menyatakan bahawa beliau mahu mengurangkan kesulitan yang dialami golongan belia dalam mencari pekerjaan serta berazam mencari penyelesaian terhadap beberapa masalah yang sering dihadapi golongan wanita muda, termasuk berkaitan gejala sosial dan isu jenayah.

   Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin menyatakan bahawa pengalaman beliau sebagai pemimpin Puteri UMNO Melaka selama dua belas tahun telah memberi kelebihan untuk menerajui kepimpinan sayap itu di peringkat lebih tinggi. Pada 25 Mac 2009, beliau telah memperolehi undi popular sebagai EXCO pergerakan terbabit apabila mendapat 604 undi dalam pemilihan Puteri UMNO. Yang Berhormat Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO kerana faktor usia, masih mempertimbangkan sama ada akan bertanding jawatan dalam kepimpinan Wanita atau Majlis Tertinggi. 

   Di Kulim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor dua Pergerakan Puteri UMNO pada pemilihan parti akan diadakan pada bulan Oktober. Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Mohd Noor yang kini memegang jawatan sebagai EXCO Puteri dan Ketua Puteri Bahagian Kulim/Bandar Baharu, menyatakan kesediaan itu selepas mengambil kira kekosongan jawatan itu susulan penyandangnya, Shahanim Mohd Yusuf, yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, diuar-uarkan menarik diri kerana faktor usia.
  
    Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau yakin dapat membantu menyumbang tenaga kepada parti berdasarkan pengalaman memegang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian sejak pergerakan itu diwujudkan, selain memenangi jawatan EXCO di peringkat nasional sejak 2008. Beliau menyatakan bahawa pengalaman tidak mungkin dijadikan satu persoalan. Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau berharap akan mampu memberi perkhidmatan terbaik sekiranya terpilih, meskipun segalanya terpulang kepada ahli yang akan menentukannya.

   Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor juga menyatakan bahawa sehingga kini ramai ahli Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara memberi galakan serta sokongan kepada beliau supaya bertanding sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Selain itu, Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau sedia bertanding. Beliau ditemui selepas Majlis Iftar Ramadhan anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mekar Budi di Kulim Mall, semalam.

Monday 29 July 2013

Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Dan Aidilfitri

 






   Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah melaksanakan program amal. Justeru, Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Dan Aidilfitri telah dilaksanakan pada bulan Julai. Beliau telah memberi sumbangan berbentuk hamper dan bantuan kewangan kepada semua pemimpin kampung dari Pergerakan Wanita UMNO dalam Parlimen Masjid Tanah.

Tuesday 23 July 2013

Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin Bersama Dengan Para Peniaga Di Pasar Besar Masjid Tanah

   Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah mengunjungi Pasar Besar Masjid Tanah. Terdapat pelbagai gerai yang menjual barang-barang tertentu di Pasar Besar Masjid Tanah. Beliau terlebih dahulu menemui mereka yang menjual sayur-sayuran serta barang-barang lain seperti tempe dan sebagainya.



  Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menemui seorang peniaga yang menjual pelbagai jenis barang seperti rempah ratus dan sebagainya.










   Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menemui beberapa orang peniaga makanan laut. Mereka menjual pelbagai makanan laut seperti ikan, kerang dan sebagainya.


Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menemui seorang peniaga daging.

   Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menemui seorang peniaga barang-barang kering di luar Pasar Besar Masjid Tanah.


   Yang Behormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah memeriksa sebuah tiang besar di hadapan gerai di Pasar Besar Masjid Tanah. Beliau melihat terdapat kesan calar di permukaan tiang tersebut.
Terdapat kesan keretakan di dinding di bangunan Pasar Besar Masjid Tanah.
Keadaan sebenar di sekitar longkang di Pasar Besar Masjid Tanah.
  Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menemui peniaga akhbar di Pasar Besar Masjid Tanah.

Monday 15 July 2013

Tragedi Di Kampung Londang



  
     Sebuah rumah milik seorang penduduk Kampung Londang  bernama Rabani Bin Tambi Adam telah terbakar sekelip mata. Tragedi tersebut berlaku pada 1:30 petang di Kampung Londang, Masjid Tanah. Rabani Bin Tambi Adam  adalah seorang noja dari Masjid Kampung Londang. Justeru, mangsa kebakaran tersebut telah tinggal sehelai sepinggang.