Sunday 4 August 2013

Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin Tawar Diri Bertanding Sebagai Ketua Puteri UMNO

   Ahli Parlimen Masjid Tanah, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin telah menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti di hujung tahun 2013. Pemilihan Puteri UMNO yang membabitkan jawatan Ketua Puteri UMNO akan dibuat kerana penyandang jawatan berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengumumkan untuk mempertimbangkan hasrat bertanding dalam kepimpinan Wanita atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah menghadiri sidang media di Aida Rich Cafe, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam. 

   Dalam sidang media itu, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin merangkap Ketua Puteri UMNO menyatakan bahawa hasrat beliau adalah membantu memperjuang dan memartabatkan parti serta meningkatkan semangat juang golongan wanita muda dalam UMNO. Selain itu, Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin menyatakan bahawa beliau mahu mengurangkan kesulitan yang dialami golongan belia dalam mencari pekerjaan serta berazam mencari penyelesaian terhadap beberapa masalah yang sering dihadapi golongan wanita muda, termasuk berkaitan gejala sosial dan isu jenayah.

   Yang Berhormat Mas Ermieyati Bte Haji Samsudin menyatakan bahawa pengalaman beliau sebagai pemimpin Puteri UMNO Melaka selama dua belas tahun telah memberi kelebihan untuk menerajui kepimpinan sayap itu di peringkat lebih tinggi. Pada 25 Mac 2009, beliau telah memperolehi undi popular sebagai EXCO pergerakan terbabit apabila mendapat 604 undi dalam pemilihan Puteri UMNO. Yang Berhormat Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO kerana faktor usia, masih mempertimbangkan sama ada akan bertanding jawatan dalam kepimpinan Wanita atau Majlis Tertinggi. 

   Di Kulim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan nombor dua Pergerakan Puteri UMNO pada pemilihan parti akan diadakan pada bulan Oktober. Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Mohd Noor yang kini memegang jawatan sebagai EXCO Puteri dan Ketua Puteri Bahagian Kulim/Bandar Baharu, menyatakan kesediaan itu selepas mengambil kira kekosongan jawatan itu susulan penyandangnya, Shahanim Mohd Yusuf, yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, diuar-uarkan menarik diri kerana faktor usia.
  
    Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau yakin dapat membantu menyumbang tenaga kepada parti berdasarkan pengalaman memegang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian sejak pergerakan itu diwujudkan, selain memenangi jawatan EXCO di peringkat nasional sejak 2008. Beliau menyatakan bahawa pengalaman tidak mungkin dijadikan satu persoalan. Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau berharap akan mampu memberi perkhidmatan terbaik sekiranya terpilih, meskipun segalanya terpulang kepada ahli yang akan menentukannya.

   Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor juga menyatakan bahawa sehingga kini ramai ahli Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara memberi galakan serta sokongan kepada beliau supaya bertanding sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Selain itu, Yang Berhormat Datuk Noor Sabrina Bte Mohd Noor menyatakan bahawa beliau sedia bertanding. Beliau ditemui selepas Majlis Iftar Ramadhan anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mekar Budi di Kulim Mall, semalam.

No comments:

Post a Comment