Monday 24 June 2013

Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah

  Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah ditubuhkan pada 10 Jun 2013 bersamaan hari Isnin. Tujuan penubuhan ialah memberi bantuan kepada masyarakat khususnya penduduk kawasan Parlimen Masjid Tanah. Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti aduan rakyat, khidmat nasihat dan lain-lain kemudahan untuk membantu penduduk di Masjid Tanah.

  Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah terletak di Pekan Masjid Tanah berhadapan dengan Poliklinik Komuniti Masjid Tanah. Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah terletak di lokasi yang strategik, di mana ia terletak di tengah-tengah penghubung kelima-lima Dun iaitu N01 Dun Kuala Linggi, N02 Dun Tanjung Bidara, N03 Dun Ayer Limau, N04 Dun Lendu dan N05 Dun Taboh Naning. 


  Segala aduan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel masjidtanahp134@gmail.com. Para pengunjung blog boleh menelefon 06-3846050 (Pejabat) atau menghantar faks ke talian 06-3846010.




2 comments: